Standards logo

Memacu Standard

Menetapkan standard industri sejak mula

Kami percaya bahawa perniagaan perlu dijalankan dengan lebih baik daripada biasa. Standard dan dasar dalaman kami menentukan semua yang kami lakukan, daripada ujian yang kami jalankan pada produk hinggalah ke cara kami mendapatkan bahan-bahan kami. Menerusi Program Pematuhan Global dan Program Pematuhan Akta Lacey, kami sangat tegas dalam menjalankan perniagaan kami supaya anda boleh menikmati setiap titisan tanpa sebarang kerisauan.

Scientist looking at reports

Program Pematuhan Global

Sebagai sebahagian daripada komitmen kami dalam menjalan perniagaan dengan cara yang mematuhi undang-undang – dari mendapatkan sumber dan menghasilkan minyak pati kami hingga ke memasar dan menjual produk kami – kami telah membangunkan Program Pematuhan Global untuk operasi dalaman Young Living sendiri. Program ini menggariskan beberapa siri dasar dan panduan wajib, serta dasar Akta Lacey untuk pembekal produk tumbuhan. Senarai berikut adalah beberapa dasar dan panduan yang terkandung dalam Program Pematuhan Global:

  • Dasar Pematuhan Alam Sekitar Young Living: Pengawasan alam sekitar adalah nilai asas bagi Young Living, dan mematuhi peraturan alam sekitar adalah satu keutamaan. Dasar Pematuhan Alam Sekitar Young Living direka untuk memastikan kakitangan Young Living faham dan mematuhi semua peraturan alam sekitar yang terpakai.

  • Buku Panduan Kakitangan Young Living: Setiap kakitangan Young Living dijangkakan dan perlu bertindak dengan kejujuran, integriti dan mematuhi setiap peraturan undang-undang yang terpakai. Buku Panduan Kakitangan Young Living menyediakan ringkasan peraturan dan tanggungjawab para pekerja dan bertujuan untuk memberi kefahaman umum berkenaan dasar Young Living bagi para pekerja.

  • Program Pematuhan Akta Lacey: Sebagai sebahagian daripada komitmen Young Living untuk mematuhi undang-undang dan peraturan terpakai di mana Young Living menjalankan perniagaan, Young Living telah membangunkan Program Pematuhan Akta Lacey yang teguh, yang memerlukan semua pembekal produk tumbuhan membantu dalam memastikan pematuhan terhadap Akta Lacey dan undang-undang melindungi tumbuhan dan mengawal perdagangan produk tumbuhan.

  • Dasar Pematuhan Kawalan Perdagangan Global: Young Living tekad mematuhi kawalan dan perdagangan eksport dalam sekatan ekonomi.

  • DSA Code of Ethics: Sebagai ahli Persatuan Jualan Langsung (Direct Selling Association (DSA)), Young Living tekad mengekalkan amalan perniagaan dengan standard tertinggi dalam operasi global kami.

Program Pematuhan Akta Lacey

Sebagai pemimpin industri, Young Living tekad mematuhi undang-undang dan peraturan berkaitan perlindungan tumbuhan dan hidupan liar. Sebagai sebahagian daripada komitmen ini, Young Living telah membangunkan Program Pematuhan Akta Lacey.

Akta Lacey adalah peraturan perlindungan hidupan liar tertua di Amerika Syarikat. Digubal asalnya pada 1900 untuk melindungi spesis haiwan, undang-undang ini dikembangkan Kongres pada tahun 1981 untuk melindungi tumbuhan dan produk tumbuhan tertentu yang melanggar undang-undang tempatan Amerika Syarikat. Pada tahun 2008, Kongres sekali lagi mengembangkan liputan Akta Lacey untuk mengambil kira semua jenis tumbuhan dan bahan-bahan haiwan. Pembetulan 2008 adalah larangan pertama pada produk kayu dan tumbuhan yang bertujuan untuk menyasarkan aktiviti penuaian haram di luar Amerika Syarikat dan untuk menyediakan ketelusan lebih baik terhadap sumber dan spesis tumbuhan dan produk tumbuhan yang diimport ke Amerika Syarikat.

Akta Lacey menjadikan ia jenayah persekutuan untuk mengimport, mengeksport, mengangkut, menerima, membeli, atau menjual tumbuhan atau produk tumbuhan, termasuk minyak pati dan produk berasaskan tumbuhan lain, yang diambil atau diniagakan dengan melanggar undang-undang domestik atau asing yang direka untuk melindungi tumbuhan, dan dihantar ke atau di dalam Amerika Syarikat. Akta Lacey mewujudkan standard "due care," yang ditakrifkan sebagai "darjah keberhatian yang akan diambil seorang individu cekap dalam keadaan yang sama atau serupa," untuk mendorong penyiasatan terhadap penuaian dan penyumberan tumbuhan yang sah secara undang-undang.

Young Living telah meluangkan lebih dari empat tahun berusaha memberi tumpuan pada pembangunan dan pelaksanaan program pematuhan yang kukuh dan menyeluruh ini. Melalui usaha ini dan kerjasama dengan penasihat khusus Akta Lacey, penasihat tempatan dari seluruh dunia, dan pakar alam sekitar, Young Living telah membangunkan dirinya sebagai pakar dan peneraju untuk memastikan pematuhan Akta Lacey dalam industri minyak pati.

Dasar Akta Lacey untuk pembekal produk tumbuhannya

Young Living berhati-hati dan berusaha tekun dalam menjalankan penyelidikan, penilaian, dan pengesahan berkala maklumat yang berkaitan dengan produk tumbuhan yang diimport daripada pembekal asing dan dibeli daripada pembekal domestik, barangan yang dijual di kedai-kedainya, serta individu dan organisasi yang mempunyai urusan perniagaan dengan Young Living. Untuk membantu melaksanakan usaha kecermatan dan ketekunan ini, Young Living telah mengenal pasti lima langkah yang berkaitan untuk semua produk tumbuhan dan pembekal produk tumbuhan:

  • Pendidikan pembekal: Menyediakan semua pembekal tempatan dan asing produk tumbuhan dengan bahan latihan untuk mendidik mereka tentang Akta Lacey dan keperluan serta tanggungjawab berkaitan, dan untuk meminta kerjasama dengan usaha pematuhan sebagai syarat untuk berurusan dengan Young Living.

  • Penilaian pembekal: Semua pembekal produk tumbuhan baru dan sedia ada dinilai daripada segi risiko dan pematuhan Akta Lacey melalui penyelidikan berkala tentang faktor risiko produk dan pembekal tertentu, termasuk pemahaman sama ada spesies tumbuhan tertentu adalah jarang ditemui atau dilarang tuai, rasuah dalam industri penuaian tumbuhan di negara penuaian, ketersediaan dokumen rantai bekalan dan ketelusan dalam rantai bekalan, dan sekatan undang-undang serta keperluan pengesahan untuk mengesahkan punca undang-undang. Mengambil kira kompleksiti industri minyak pati dan produk berasaskan tumbuhan, beberapa usaha kecermatan mungkin memerlukan penglibatan besar daripada pemeriksa pihak ketiga yang pakar dalam pematuhan alam sekitar dan peraturan, penasihat tempatan, dan kenalan dalam negara tersebut.

  • Pensijilan pembekal: Sebagai syarat untuk terus berurusan dengan Young Living, semua pembekal produk tumbuhan Young Living harus mengesahkan pematuhan dan kerjasama mereka dengan usaha pematuhan Akta Lacey Young Living, termasuk bekerja dalam rantai bekalan mereka sendiri untuk melaksanakan standard dan amalan penyumberan mereka sendiri.

  • Penilaian risiko: Semua produk tumbuhan dan pembekal dinilai secara bebas dan diberikan kategori risiko untuk menentukan tahap kelulusan perniagaan dan pemeriksaan yang diperlukan untuk berurusan dengan pembekal atau mendapatkan produk tumbuhan.

  • Pengauditan/pemantauan: Pengauditan dan pemantauan berkala dan berterusan dilakukan terhadap semua minyak pati dan pembekal minyak pati, dan boleh termasuk audit rantaian bekalan dan undang-undang pesanan pembelian, audit keperluan undang-undang dan bukti pematuhan, dan, mengikut keperluan, menjalankan audit secara bersemuka di fasiliti dan tapak penuaian pembekal.

Program Pematuhan Akta Lacey Young Living menetapkan duluan untuk industri minyak pati dan produk berasaskan tumbuhan, serta memperlihatkan komitmen Young Living untuk memimpin gerakan kesejahteraan dengan melindungi landskap dan tumbuhan yang perlu dilindungi.

Terdapat lebih banyak lagi komitmen kualiti Seed to Seal® kami

sourcing seal

Penyumberan Terpilih

Young Living menyumber produk daripada ladang milikan korporat yang dipilih teliti, ladang kongsi yang berkongsi nilai kami, dan pembekal disahkan Seed to Seal yang boleh mencapai tahap standard tertinggi kami untuk kualiti.

science seal

Sains Yang Inovatif

Sebagai keajaiban gerakan minyak pati moden, kami telah mengubah dunia minyak pati, melaburkan masa dan sumber yang tidak terhitung banyaknya untuk mengembang, mengkaji dan menguji produk.

Ayuh berkembang

Terokai produk terbaik dalam dunia dan teruskan kembara anda mencapai kediaman yang sihat, Sejahtera.